KELAS PENDIDIKAN KHAS

Sejarah Ringkas:

Ditubuh pada Januari, 2000

Pn. Soh Bee Tiang dilantik
sebagai guru Kelas
Pendidikan Khas

Seramai 6 orang murid
pada ketika itu.

Murid yang ditempatkan
dalam kelas itu
mesti disahkan oleh doktor
bahawa mereka mempunyai
masalah pembelajaran.

Pembelajaran murid itu
merangkumi 3 bahasa

Mereka juga belajar
matematik, kemahiran
hidup, seni, Alam
Kemasyarakat, Pendidikan
Jasmai & Kesihatanserta Pendidikan Moral.


 

Kamu sedang mengikuti Laman Web SJK(C) Chong Hwa, Rengit, Batu Pahat, Johor.


I am proud to be a Malaysian

Saya amat berbangga kerana saya seorang Rakyat Malaysia.


Pulang ke Menu Utama


 

Puan SOH BEE TIANG,
Guru Kelas Pendidikah Khas

Kelas Pendidikah Khas SJK (C) Chong Hwa, Rengit, Batu Pahat, Johor, Malaysia ditubuhkan dalam bulan Januari, 2000. Pada ketika itu, Kementerian Pendidikan memperuntukan wang sebanyak RM 11,900-00 untuk mengubahsuaikan sebuah bilik darjah supaya dijadikan bilik darjah Kelas Pendidikan Khas.

Kelas itu diserkatkan dan lantainya ditampalkan dengan mozek. Di samping itu, paip air serta sudut dapur juga diwujudkan.

Puan Soh Bee Tiang dilantik sebagai Guru Khas untuk Kelas Pendidikan Khas itu. Beliau dikehendaki mengikuti Kursus khas untuk Kelas Pendidikan Khas. Guru Kelas Pendidikan Khas selain daripada mempunyai ilmu dan pengalaman yang luas dalam bidang pendidikan, beliau seharusnya dikehendaki mempunyai sikap yang positif, iaitu lembut serta perhatin terhadap anak murid, sabar dan bertolak ansur, serta bersikap delikari terhadap tugasnya.

Murid-murid yang ditempatkan ke dalam kelas adalah murid yang mempunyai masalah pembelajaran. Di samping itu, murid-murid yang mempunyai simtom masalah pembelajaran seperti Hyper Active, Down Syndrome, Kecacatan Bertutur dan Anggota Bandan. Murid-murid yang ingin memasuki Kelas Pendidikan Khas ini dikehendaki mengisi borang, kemudian diperiksa oleh Doktor, dan seterusnya diuji oleh Guru Pendidikah Khas. Setelah itu, barulah diterima untuk ditempatkan ke dalam Kelas Pendidikan Khas.

Murid Kelas Pendidikan Khas boleh memasuki ke Pendidikan Sekolah Menengah apabila mereka telah mencapai umur 14 tahun.

 
 

Untuk gambar-gambar lain, sila klick ....

 


CHONG HWA, RENGIT HOMEPAGE © ANG CHOR CHEW
LAMAN WEB SJK(C) CHONG HWA, RENGIT DILANCARKAN DENGAN RASMINYA PADA 22 APRIL, 2002

Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Chong Hwa,
Rengit, 83100 Batu Pahat, Johor, Malaysia.
TEL & FAX: 07-4241324