Sejarah Ringkas Sekolah
 

The School History was written in 3 languages, you may click to read the:

Chinese GB Version


Sejarah Ringkas

Sekolah ini merupakan
sekolah gabungan daripada
Sekolah Yu Qun,
Sekolah Chen Quang,
Sekolah Yu Cai,
dan Sekolah Yu Hua.

Sekolah Yu Qun ditubuhkan pada 1926

Sekolah Chen Quang ditubuhkan pada 1938

Sekolah Yu Cai ditubuhkan pada 1935

Sekolah Yu Hua ditubuhkan pada 1934


Brief History

The School was formed
by joining four schools
together namely:-
Yu Qun School,
Chen Quang School,
Yu Cai School,
and Yu Hua School.

Yu Qun School was
originally formed in 1926

Chen Quang was
originally formed in 1938

Yu Cai was
originally formed in 1935

Yu Hua was
originally formed in 1934


 

Guru Besar yang pernah berkhidmat:
Pricipals served before:

En. TAN TEE WAN
1946 - 1950

En. YII CHIANG
1951 - 23.12.1978

En. KU KA CHOK
15.1.1979 - 14.10.1981

En. WANG PANG SIONG
15.1.1981 - 30.6.1989

En. TEO CHAK KERNG
1.7.1989 - 15.12.1989

En. PHUA BOON TEE
16.12.1989 - 13.7.1991

En. CHEY TAH CHEE
14.7.1991 - 31.1.1992

En. LEONG KOON HENG
1.2.1992 - 15.3.1995

En. ONG SEE HOO
16.3.1995 - 31.12.1996

En. TENG BOON KIM
1.1.1997 - 21.7.2000

En. ANG CHOR CHEW
22.7.2000 - kini(Now)


 

Bekas Pengerusi JPS:
Past Chairman Board of Directors:

En. TAY CHING TIONG
15.11.1945 - 31.12.1963

En. TAN TEE WAN
1.1.1964 - 20.1.1973

En. KHO KHUAN JEW
21.1.1973 - 13.8.1993

En. TAN CHING BING
14.8.1993 hingga kini
(Until Now)


Bekas Pengerusi PIBG:
Past Chairman
Parents & Teachers Association:

En. KHO KHUAN JEW
1974 - 1977

En. NG KEE LEOK
1978 - 1983

En. SIOW WEE WEE
1984 - 1985

En. TAN CHING BING
1985 - 1989

En. ANG HIONG SIOK
1990 - 1991

En. TAN KIM CHEW
1991 - 1992

En. ANG HIONG SIOK
1992 - 1995

En. FO CHEE KI
1996 hingga kini
(Until Now)


I am proud to be a Malaysian

Saya amat berbangga kerana saya seorang Rakyat Malaysia.


Pulang ke Menu Utama

 

A.Penubuhan Awal

Sekolah Chong Hwa merupakan sekolah gabungan daripada Sekolah Yu Qun, Chen Quang, Yu Cai, dan Yu Hua.

  1. Yu Qun : Ditubuhkan pada 1926, letaknya di tepi Jalan Besar Rengit, iaitu di alamat sekolah sekarang.
  2. Chen Quang : Ditubuhkan pada 1938, letaknya di belakang pasar Rengit.
  3. Yu Cai : Ditubuhkan pada 1935, letaknya di tepi Jalan Merlong.
  4. Yu Hua : Ditubuhkan pada 1934, letaknya di tepi Jalan Punggur.
Pada bulan September 1945, Tanah Melayu bebas daripada penjajahan Jepun. Penghuni Cina tempatan yang mengambil berat tentang pendidikan anak-anak mereka telah cuba memulihkan persekolahan anak-anak mereka. Pada 15 November, sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan bagi menyatukan keempat-empat buah sekolah ini. Yu Qun dijadikan cawangan kedua, manakala Yu Hua ialah cawangan yang ketiga. Encik Zheng Zhen Chong dipilih sebagai pengerusi sekolah dan Encik Chan Zhi Yuan sebagai Guru Besar yang pertama. Ketika itu setiap sekolah ada seorang penyelia yang tetap. Di samping itu, pihakberkenaan telah mendirikan beberapa buah pondok atap untuk dijadikan bilik darjah. Sekolah mula digunakan pada Februari, 1946.

Pada masa itu, terdapat lebih daripada 300 orang murid dan lebih daripada 10 orang guru. Oleh kerana bilangan murid bertambah dari semasa ke semasa, bilik darjah tidak mencukupi untuk menampung pertambahan murid-murid itu. Tambahan pula, cawangan-cawangan sekolah terletak jauh antara satu sama lain. Pengurusan dan pentadbiran menjadi sukar. Kemudahan asas sekolah juga tidak lengkap dan tidak mencukupi. Oleh itu, pada 31 Januari 1948, Persatuan Penubuhan Sekolah didirikan. Encik Zheng Zhen Zhong yang bertugas sebagai pengerusi, dapat membeli sebidang tanah seluas 10 ekar di kawasan bertentangan dengan sekolah lama untuk membina sekolah baru. Pada bulan Julai 1949, bangunan sekolah baru dapat digunakan dan cawangan-cawangan sekolah dibatalkan.

B.Dekad 50 an

Pada tahun 1951, Sekolah Chong Hwa yang merupakan gabungan sekolah rendah dan sekolah menengah ditubuhkan. Encik Huang Run Yue dilantik sebagai Guru Besar sekolah menengah dan Encik Yii Chiang sebagai pengurus sekolah rendah. Bilangan murid di sekolah menengah dan sekolah rendah seramai 667 orang, iaitu 602 orang di sekolah rendah dan 65 orang di sekolah menengah. Mulai tahun 1958, melalui Dasar Pendidikan Baru, sekolah rendah dan sekolah menengah diasingkan Sekolah rendah mendapat bantuan sepenuhnya. Dengan itu sekolah baru ditubuhkan dan Encik Yii Chiang dilantik menjadi Guru Besar.

C. Dekad 60 an

Pada tahun 1960, kesemua bangunan baru sekolah disiapkan dalam tiga peringkat :

  1. Peringkat I : 10 buah bilik darjah, sebuah tandas lelaki dan perempuan, kantin,sebuah tangki, air, dan bilik mandi.
  2. Peringkat II : 8 buah bilik darjah.
  3. Peringkat III : 8 buah bilik darjah dua tingkat, sebuah bilik tamu, sebuah pejabat Guru Besar.

Pada Jun 1960, satu upacara perasmian pembinaan bilik darjah baru peringkat ketiga diadakan. Perasmian ini dirasmikan oleh Ahli Parlimen Daerah Batu Pahat, bekas Menteri Pengangkutan YB Datuk Sardon. Pada tahun 1965, jumlah bilik darjah dari tahun 1 hingga tahun 6 ialah 22 buah dan sebuah kelas tadika. Jumlah murid termasuk 41orang murid kelas tadika ialah 951 orang. Jumlah bilangan guru dan kakitangan sekolah termasuk seorang penyelia tadika ialah seramai 37 orang. Setelah persaraan Encik Yii Chiang pada 23.12.1978, Encik Ku Ka Chok telah dilantik sebagai Guru Besar baru pada 15.01.1979.

D.Dekad 80 an

Pada tahun 1987, jumlah kelas dari tahun 1 hingga tahun 6 bertambah menjadi 24 kelas. Bilangan murid pada tahun ini ialah seramai 981 orang. Guru Besar pada ketika itu ialah Encik Wong Pang Siong. Jumlah guru dan kakitangan sekolah seramai 44 orang. Pada tahun 1989, bilangan murid telah berkurangan iaitu seramai 939 orang. Dengan perlaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) sepenuhnya, Guru Penolong Kanan bertambah kepada dua orang. Guru Penolong Kanan Pertama ialah Encik Phua Boon Tee. Guru Penolong Kanan Kedua ialah Encik Chey Tah Chee.

E. Dekad 90 an

Sehingga tahun 1990, bilangan murid telah berkurangan iaitu seramai 869 orang. Setelah persaraan awal Encik Wong Pang Siong, Encik Teo Chak Kerng dilantik sebagai Guru Besar. Encik Teo kemudiannya bertukar ke SRJK?Cheng Siu (1), Batu Pahat. Guru Penolong Kanan I, Encik Phua Boon Tee telah dilantik sebagai pemangku Guru Besar. Guru Penolong Kanan Kedua pada ketika itu ialah Encik Chey Tah Chee dan Encik Ee Choo Teck sebagai Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum.

Pada tahun 1991, bilangan murid ialah seramai 850 orang. Setelah pemangku Guru Besar, Encik Phua Boon Tee bersara pada 13 Julai 1991, Encik Chey Tah Chee, Guru Penolong Kanan II, dilantik oleh Jabatan Pendidikan Johor sebagai Pemangku Guru Besar. Encik Ng Hui Man dan Encik Low Choi Hian dilantik secara rasminya sebagai Guru Penolong kanan I (Penanggung kerja) dan Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum (Penanggung kerja) pada 1 Oktober 1991.

Jumlah bilangan murid pada tahun 1992 ialah 825 orang, murid lelaki 421 orang dan murid perempuan 404 orang. Bilangan guru pada tahun tersebut ialah seramai 34 orang dan kakitangan bukan guru seramai 8 orang. Pada Februari 1992, Encik Leong Koon Heng telah dilantik sebagai Guru Besar. Beliau sebelum ini bertugas di sebuah sekolah menengah di Pekan Nenas. Encik Chey Tah Chee dan Encik Low Chol Hian dilantik sebagai Guru Penolong Kanan I (penanggung kerja) dan Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum pada 1 Julai 1992.

Pada 13 April 1993, Encik Chey Tah Chee telah bertukar ke SJK(C) Pei Chun, Semerah sebagai Guru Besar. Encik Ng Hui Man telah dilantik sebagai Guru Penolong Kanan I dan Encik Tan Sea Chiok pula dilantik sebagai Guru Penolong Kanan II sementara Encik Low Chol Hian kekal sebagai Guru Kanan Ko-kurikulum. Bilangan murid pada tahun ini ialah seramai 784 orang, iaitu murid lelaki 410 orang dan murid perempuan 374 orang. Pada 16 Mei 1994, Puan Tan Kim Liak telah dari SJK(C) Jemaluang, Mersing dihantar ke sekolah untuk memegang jawatan sebagai Guru Penolong Kanan I. Encik Koh Chin Heng pula dilantik sebagai Guru Penolong Kanan II. Beliau sebelum ini bertugas di Sekolah Menengah Jalan Kolam Air, Batu Pahat. Sementara itu, Encik Tan Choon dari SJK(C) Pai Chee, Mersing dilantik sebagai Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum. Jumlah murid tahun 1994 seramai 776 orang, iaitu 391 orang murid lelaki dan 385 orang murid perempuan.

Pada 16 Mac 1995, Encik Ong See Hoo dari SJK(C) Bukit Siput, Segamat telah bertukar ke sekolah untuk memegang teraju pentadbiran utama sekolah. Beliau mengambil alih jawatan yang telah dikosongkan oleh Encik Leong Koon Heng yang telah bertukar ke SJK(C) Chaah, Segamat. Pada 12 Ogos 1995, Encik Tan Choon telah bersara, jawatan Guru Penolong Kanan ko-kurikulum telah dikosongkan selepas beliau bersara. Encik Koh Chin Heng menjalankan tugas sampingan sebagai Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum. Pada masa itu. Terdapat seramai 371 orang murid lelaki dan 373 orang murid perempuan di sekolah. Jumlah murid ialah seramai 744 orang.

Pada 1 Julai 1996, Encik Koh Chin Heng bertukar ke SJK(C) Chong Hwa, Parit Kadir sebagai Guru Besar sekolah tersebut. Pada 1 Januari 1997, Encik Teng Boon Kim dari SJK(C)Ping Min, Johor Bahru bertukar ke sekolah ini. Beliau mengambil tempat kosong yang ditinggalkan oleh Encik Ong See Hoo yang bertukar ke SJK(C) Ai Chun(1), Batu Pahat. Pada 16 Mei 1997, Guru Penolong Kanan I, Puan Tan Kim Liak telah bertukar ke SJK(C) Yok Yu sebagai Guru Besar. Jawatan beliau telah diambil alih oleh Puan Ku Siw Luan dari SK Tengku Mariam, Batu Pahat. Encik Ng Hui Man telah dilantik sebagai Guru Penolong Kanan II pada masa yang sama. Pada 1 Ogos 1997 , Encik Tan Tong Choo dari Sekolah Menengah Tun Sardon, Rengit bertukar ke sekolah untuk memegang jawatan Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum yang sebelum ini telah dikosongkan selama hampir 3 tahun. Jumlah murid pada 1 Jun 1997 ialah 710 orang, murid lelaki 370 orang dan murid perempuan seramai 340 orang .

Pada 16 Julai 1998, Encik Tan Tong Choo telah dilantik sebagai Guru Penolong Kanan I untuk menggantikan Puan Ku Siw Luan yang ditukar ke SJK(C) Cheng Xiu (1), Batu Pahat, manakala Cik Ong Bee Ngoh dari SJK(C) Pu Sze, Skudai dilantik sebagai Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum sekolah. Pada 16 September 1998, Encik Chong Ah Ngen dari SJK(C) Segenting, Batu Pahat dilantik sebagai Guru Penolong Kanan II sekolah ini untuk menggantikan tempat kosong jawatan ini selepas persaraan Encik Ng Hui Man pada 14 Julai 1998. Bilangan murid sekolah ini kian berkurangan. Jumlah murid pada 31 Oktober 1998 ialah seramai 703 orang. Bilangan guru seramai 27 orang. Sementara kakitangan bukan guru seramai 6 orang.

Pada 1 September 1999, Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum dari SJK(C) Pai Yai Kluang, Encik Yeow Kea Peng dilantik sebagai Guru Penolong Kanan II bagi menggantikan tempat kosong jawatan Encik Chong Ah Ngen yang bersara pada 31Ogos 1999. Jumlah murid pada 31 Oktober 1999 ialah seramai 707orang. Bilangan guru seramai 26 orang. Sementara kakitangan bukan guru seramai 7 orang. Kelas Bestari sekolah ini telah dimulakan pada bulan Februari tahun 2000.

F. Dekad 2000an

Pada 16 April 2000, Guru Penolong Kanan, Encik Tan Tong Choo telah dilantik sebagai Guru Besar SJK(C) Lok Yu (3) Benut. Jawatan beliau telah diambil alih oleh Encik Yeow Kea Peng, yang sebelum ini memegang jawatan Guru Penolong Kanan II di sekolah ini (pertukaran setara).

Pada 21 Julai 2000, Encik Ang Chor Chew dari SJK(C) Pei Chun (1), Pontian telah bertukar ke sekolah untuk memegang jawatan Guru Besar penggal kesebelas. Beliau mengambil alih jawatan Encik Teng Boon Kim yang telah bertukar ke SJK(C) Foon Yew (3), Johor Bahru. Pada 16 Ogos 2000, Guru Penolong Kanan I, Encik Yeow Kea Peng telah bertukar ke SJK(C) Yok Yu (4) sebagai Guru Besar. Jawatan beliau telah diambil alih oleh Puan Loh Seah Feng dari SJK(C) Yeong Chang, Batu Pahat. Pada 01 Oktober 2000, Puan Tay Yee Hwee dari SJK(C) Yu Ming 1, Pekan Nanas ditukar ke sekolah ini sebagai Guru Penolong I (Pentadbiran & Kurikulum). Cik Tee Lee Koon dari SJK(C) Cheng Xiu 1 Batu Pahat ditukar ke sekolah ini untuk berjawat sebagai Guru Penolong Kokurikulum pada 31 Disember 2001 untuk menggantikan Cik Ong Bee Ngoh yang bersara pada 30 Disember 2000. Bilangan murid sekolah ini pada akhir tahun 2000 ialah seramai 697 orang. Bilangan guru seramai 27 orang. Sementara kakitangan bukan guru seramai 7 orang.

Pada awal tahun 2001, beberapa projek baru dilaksanakan. Jemaah Pengurus Sekolah diminta supaya memberi sumbangan untuk mengecat dinding kelas-kelas, membaiki keburukan bangunan seperti pintu, kebocoran bumbung, kebocoran paip tangkis, menukar papan hitam yang telah rosak kepada papan putih, lampu-lampu serta kipas yang rosak juga dibaiki. Di samping itu, kerja-kerja menulis kata-kata hikmat dan melukis mural-mural di bangunan sekolah diadakan. Jemaah Pengurus serta PIBG Sekolah telah menyumbang wang melebihi RM 3,000-00 untuk program itu. Kini dinding bangunan sekolah dihiasi dengan mural-mural yang membawa tema "Kasih Sayang Keluarga", serta cogankata dan kata-kata hikmat. Selain itu, pagar sekolah juga dicat semula melalui kerja gotong-royong yang diadakan di sekolah.

Pintu-pintu kelas juga dicat semula dengan kerjasama daripada murid-murid Sekolah Menengah Chong Hwa, Rengit. Kelas-kelas juga dihiaskan di mana Pertandingan Menghiaskan Bilik Darjah diadakan. Pada tahun yang sama, sekolah juga mendapat peruntukan daripada Y.B. Dato' Dr. Chua Soy Lek untuk membekalkan sebuah komputer dan 2 buah printer untuk kegunaan di bilik Pembantu Tadbir. Di samping itu, peruntukan daripada Y.B. Khoo Che Wat, ADUN Kulai juga membekalkan sebuah komputer dan printer untuk digunakan di bilik guru.

Pada pertengahan tahun 2001, banyak projek juga dilaksanakan. Peruntukan sebanyak RM 10,000-00 daripada Y.B. Dato' Dr. Chua Soy Lek telah digunakan untuk membekalkan 4 buah komputer dan meja komputer. Komputer itu telah digunakan dalam bilik guru dan perpustakaan sekolah. Y.B. En. Khoo Che Wat juga memperuntukkan RM 10,000-00 yang digunakan untuk menaikkan taraf tandas murid-murid Sekolah ini. En. Lee Gee Nam, seorang penderma Batu Pahat telah menyumbang sebanyank RM 10,000-00 kepada sekolah. Wang itu telah dibelanjakan melalui PIBG untuk menaikkan taraf bilik Guru Penolong Kanan serta bilik Pembantu Tadbir. Kini kedua bilik itu telah dipasang dengan alat hawa dingin. En. Gan Eng Huat, Naib Pengerusi PIBG Sekolah menyumbang sebanyak RM11,000-00 untuk menaikkan taraf perpustakaan sekolah. Kini, Perpustakaan sekolah dipasang dengan alat hawa dinding, dimokan serta dihiaskan dengan sumbangan itu. Mendiang En. Chang Khaw juga menyumbang dengan membekalkan sebuah Water Dispenser yang berharga lebih kurang RM 2,500.00. Kini Sekolah mempunyai 2 buah Water Dispenser di mana murid-murid belum mendapat air minuman yang sihat.

Pada awal tahun 2002, sekolah ini mendapat 5 buah komputer pentium 4 daripada sumbangan Gabungan Persatuan-persatuan Tionghua Malaysia. Jemaah Pengurus Sekolah membantu sekolah dalam kerja-kerja pembinaan seperti mengubahkan sebuah bilik darjah kosong sebagai Bilik Bimbingan, Bilik Kedai Buku dan Bilik SPBT, memasang siling di koridor masuk bangunan sekolah, dan mengubah bilik stor untuk dijadikan Bilik Komputer Guru. Pada ketika itu dijalankan juga projek pembinaan Makmal Komputer, projek pembinaan makmal komputer ini adalah peruntukan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sehingga hari ini, sekolah ini telah berusia 56 tahun. Banyak perubahan baru yang telah dilaksanakan sepanjang usia ini. Yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan, diharap sekolah ini dapat terus maju sejajar dengan wawasan 2020.


CHONG HWA, RENGIT HOMEPAGE © ANG CHOR CHEW
LAMAN WEB SJK (C) CHONG HWA, RENGIT DILANCARKAN DENGAN RASMINYA PADA 22 APRIL, 2002.

Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Chong Hwa,
Rengit, 83100 Batu Pahat, Johor, Malaysia.
TEL & FAX: 07-4241324