Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Chong Hwa,
Rengit, Batu Pahat, Johor, Malaysia.
TEL & FAX: 07-4241324       E-mail: chr13@tm.net.my  
 
Gambar GB
En. Ang Chor Chew
Guru Besar
SJK(Cina) Chong Hwa, Rengit
 

Anda sedang mengikuti Laman Web SJK(C) Chong Hwa, Rengit, Batu Pahat, Johor.


Sekiranya anda ingin membaca Laman in dalam Bahasa lain, sila klick

Chinese

English



I am proud to be a Malaysian

Saya amat berbangga kerana saya seorang Rakyat Malaysia.

 

 

Dari Meja Guru Besar .......

Suka bagi saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada Jemaah Pengurus Sekolah dan Persatuan Ibubapa & Guru-Guru Sekolah kami, dan Y.B. Encik Khoo Che Wat, Ahli Dewan Undangan Negeri Johor Kawasan Kulai, serta Y.B. Dato' Dr. Chua Soi Lek, Ahli Ex-co Kerajaan Negeri Johor yang sudi memberi sumbangan mereka kepada sekolah ini pada tahun-tahun yang lepas. Sumbangan mereka memang telah mencepatkan pembangunan sekolah khas dari segi pembinaan dan kelengkapan. Ini seleras dengan hasrat dan visi sekolah kami menuju ke arah Sekolah Bestari.

Kerajaan kita berhasrat untuk merealisasikan Waswasan 2020, dengan kecanggihan Multimedia Super Corridor. Justeru itu maka adalah menjadi tugas kami sebagai pendidik untuk menyambut cita-cita Kerajaan dan memberikan pengetahuan yang lengkap dalam teknologi maklumat kepada generasi muda. Makmal Komputer yang telah dibina baru-baru ini di hadapan bangunan sekolah adalah suatu tanda kesanggupan Kerajaan kita membangunakan negara kita ke arah negara maju. Justeru itu, kita harus bersedia untuk menerima cabaran itu demi mendatangkan faedah kepada generasi muda kita.

Homepage Sekolah ini bertujuan untuk memaparkan maklumat terhadap sekolah ini sebagai suatu usaha yang mendorong serta memberi perangsang untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang di kalangan murid-murid dan guru-guru. Hasrat ini disokong dengan visi dan misi sekolah ini yang bentuk sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara kita, iaitu sekolah bukan saja tempat untuk mendapatkan ilmu pengetahuan, bahkan untuk melahirkan individu yang berkualiti, berakhlak mulia, dan berjasa kepada bangsa, masyarakat dan negara. Maka lahirlah insan yang akan menjadi ahli masyarakat yang berguna dan bertanggungjawab terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara seterusnya.

Akhir kata, perkembangan pesat dalam dunia Teknolgi Maklumat memerlukan kita sebagai pendidik, dan juga sebagai ibubapa untuk menoreka dan seterusnya memberi dorongan kepada generasi muda kita untuk mengambil bahagian dalam perkara ini.

 

Sekian, terima kasih.

 

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA!"

 

Saya yang menurut perintah,

ANG CHOR CHEW

Guru Besar,
Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Chong Hwa,
Rengit, Batu Pahat,
Johor, Malaysia.


 
CHONG HWA, RENGIT HOMEPAGE © ANG CHOR CHEW
LAMAN WEB SJK(C) CHONG HWA, RENGIT DILANCARKAN DENGAN RASMINYA PADA 22 APRIL, 2002