Saya amat berbangga kerana saya seorang Rakyat Malaysia.
MINGGU ANTI-DADAH
Akhir bulan Mac, 2002, Unit Bimbingan & Kaunseling Sekolah ini
merancang untuk mengadakan Kempen Anti-Dadah selama seminggu mulai 21.3.2002. Kempen ini
berakhir pada 27.3.2002 dengan sebuah Majlis Perasmian Penutup oleh En. Tan Ching Bing, Pengerusi
Jemaah Pengurus Sekolah. Sempena Majlis Penutupan, sebuah Majlis Ceramah dan sebuah Pameran juga
dianjurkan. Pn. Tan Poh Choo daripada Klinik Kesihatan Yong Peng telah dijemput untuk memberi
taklimat anti dadah dalam Majlis Ceramah tersebut. Di samping itu, Klinik Kesihatan Batu Pahat
juga menghantar kakitangannya untuk membantu sekolah ini dalam aktiviti Pameran Anti-Dadah. Majlis
disambut dengan baik dan meria. Para jemputan dan tetamu khas dijemput menikmati jamuan ringan
selepas Majlis Penutupan dijalankan.